Testing
Blog Owner : Faridah Noor Binti Mohamed
Test test

21
July 2007 Saturday @ 12:49:03 pm
Saya, oh me!

 

 

Hai hai hai. Melesia hari ini..eheheh..ok serius. Hai nama saya faridah noor. Dengar macam nama orang tua. Ok, saya tak peduli. Sebab dalam bahasa Melayunya, Faridah itu sendiri mendatangkan makna “unik dan tunggal”. Dan oh ya, saya memang unik di atas sebab-sebab tertentu. Hhuhu. Orang semua panggil saya noe. It’s not “Nowi” or “Noy”. Cara menyebut Noe adalah lebih kurang sama dgn cara anda memanggil encik Johari atau Johan dengan panggilan Joe. Cuma tukarkan J dengan N. so call me Noe.

Kenapa tak Nor je? Sebab saya jarang dengar orang panggil saya dengan NOR dimana huruf “R” nya disebut dengan jelas. Lagi pun Nor itu adalah satu ejaan yang sangat typical. No no..i bukan gila glamour. I just want to be a lil bit distinctive. Tak banyak , sikit pun jadik la. Deqnoe tu nama yang telah terkantoi. Sebenarnya nama itu khas untuk panggilan saya dirumah. Saya pun lupa bagaimana nama tu terkantoi dan tersebar dengan meluas dewasa ini. Ladynoe® is my commercial name. ya saya telah membayar RM70 untuk mendaftarkan nama itu. dan kini saya sedang mengembangkan nama itu ke setakat mana yang saya mampu.

 

Berkenaan tentang diri saya. Sebenarnya tiada apa yang menarik dari segi luaran saya. Saya bukan perempuan yang akan menangkap perhatian semua lelaki. Saya, biasa biasa sahaja. Tidak terlalu high-maintenance. Jarang memakai high heal. Rambut serabai. Baju tak mahal. Kereta pun kelisa kenot je. Tapi saya mempunyai enam buah kereta Ferrari. Serius! Dalamannya saya ini terlalu abstrak dan sukar di fahami. Mempunyai sebuku hati yang sudah hitam di bahagian bahagian yang tertentu. Dan putih di sesetengah tempat. Selebihnya tidak mempunyai apa-apa warna. Masih neutral tidak berasid mahupun alkali.

Dikurniakan tuhan otak di kalangan manusia kreatif dan artistic, malangnya diselangi dengan sifat-sifat malas. Ahahah. Beralih pula kepada perwatakan, saya adalah seorang yang……………………………………ok ok..cukup disini. Kerana saya fikir perwatakan saya terlalu dinamik dan kadang-kadang saya sendiri tidak mampu mengklasifikasikan sikap dan perangai saya sehari-hari. Mungkin hanya orang lain yang mampu menilai. So judge me. I wont care.

 

Okay blog ni saya buat saja-saja. Memandangkan blog saya yang sebelum ni kebanyakkannya damn nonsense dan tak bermotif. Ehe…tapi sebenarnya blog yang ketiga ni pun tak bermotif jugak. Saja nak tambah another space untuk mencoret dan mencarut. Memandangkan saya sudah tidak mempunyai diari seperti dahulu. (damn you hafiz)..memandangkan saya sudah semakin kekok memegang pen atau pensel untuk menulis panjang seperti dahulu….huhu..


My Profile
Name: Faridah Noor Binti Mohamed
E-Mail: ladynoe@losong.com

Latest 5 postings
Monthly Archives